Tim Van Damme Inspired by Tim Vand Damme

Promosi Terbaru


Kawan-Kawan

Blog

Wednesday, February 3, 2010

Kenaikan Gaji Polis

3 comments
PUTRAJAYA, Feb 3 — Seramai 98,747 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menikmati skim perkhidmatan baru yang membolehkan mereka mendapat penyelarasan tiga pergerakan gaji tahunan dan kenaikan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan perkara itu hari ini berkata skim perkhidmatan baru itu berkuatkuasa pada 1 Januari tahun lepas namun tarikh pembayaran gaji mengikut skim baru itu masih belum ditetapkan.

Skim baru itu akan membolehkan mereka menikmati gaji sekurang-kurangnya RM1,500 hingga RM6,000 bergantung kepada pangkat dan perubahan jadual gaji matriks, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

“Ini merupakan usaha berterusan kementerian dalam menjaga kepentingan dan kebajikan anggota polis di seluruh negara,” katanya.

Menurut beliau, pemberian gaji sebanyak itu bersesuaian dengan perubahan daripada segi kelayakan masuk Inspektor yang telah dinaik taraf daripada kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Diploma kepada Ijazah Sarjana Muda (Kepujian), Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D).

MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Read more

Masih Baru

0 comments
Hai...Ini blog baru saja saya lancarkan.. Dan masih banyak yang perlu perbaiki.. Untuk pengetahuan semua, blog ini akan menjadi perantara blogger lain.. Setiap post terbaru dari blogger lain, akan saya ulas di sini... Tujuannya adalah untuk berkongsi pandangan dan memperkenalkan blog lain.. Jadi, saya amat berharap blog ini memberi manfaat, kebaikan untuk semua...


SKi
Read more